Year: 2025
Type: article
Abstract: Budaya Iban di Sarawak, Malaysia, sangat kaya dengan elemen animisme yang tercermin dalam amalan Pengarap Lama Iban, iaitu ritual dan kepercayaan warisan yang diwarisi secara turun temurun. Penelitian ini bertujuan untuk mendalami Pengarap Lama Iban dan mengkaji peranannya dalam amalan kepercayaan warisan atau animisme masyarakat Iban. Melalui pendekatan kualitatif, penelitian ini melibatkan temu bual secara In-depth Interview dengan golongan pakar adat Iban. Hasil penelitian menunjukkan bahawa Pengarap Lama Iban memainkan peranan penting dalam menghubungkan masyarakat Iban dengan alam semesta, roh leluhur, etika malah sebagai penanda hidup serta panduan moral untuk melestarikan kebaikan dalam kehidupan mereka. Ini kerana walaupun berlakunya perubahan zaman, penganutan agama-agama besar, seperti agama Islam dan agama Kristian, akan tetapi masih ada masyarakat Iban sehingga hari ini yang masih berpegang kuat dengan Pengarap Lama Iban. Sehubungan dengan itu, diharapkan penelitian ini dapat menyumbang kepada kefahaman yang lebih mendalam dan secara terperinci mengenai Pengarap Lama Iban yang merupakan warisan terpenting dalam budaya Iban di Sarawak.
Authors: Adilawati Asri, Noria Tugang
Institution: Universiti Malaysia Sarawak
Language: Indonesian
Subfield: Cultural Studies
Field: Social Sciences
Domain: Social Sciences
Open Access status: diamond
OpenAlex ID: W4406299331
