Work

ABCDE dalam objektif pembelajaran Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Bahasa Melayu

Year: 2025
Type: article
Abstract: Penulisan objektif pembelajaran dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bagi subjek Bahasa Melayu banyak disampaikan secara lisan melalui taklimat dan bengkel kepada guru-guru. Namun demikian, garis panduan yang jelas bagi penulisan objektif pembelajaran dalam bentuk penulisan akademik masih berpotensi dan bermotivasi dikembangkan. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis elemen utama yang terdapat dalam objektif pembelajaran subjek Bahasa Melayu. Kajian berbentuk analisis teks, iaitu melibatkan data RPH. Prosedur Analisis ATLAS.ti Bersistematik digunakan bagi menjana elemen utama dalam penulisan objektif pembelajaran. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat lima elemen utama berpotensi digunakan bagi membina objektif pembelajaran, iaitu ‘Audien’ (Audience), ‘Tingkah laku’ (Behavior), ‘Kandungan’ (Content), ‘Tahap’ (Degree) dan ‘Kecekapan’ (efficiency) yang diringkaskan menjadi elemen ABCDE. Implikasi kajian ini membolehkan satu garis panduan yang jelas dibina untuk penulisan objektif pembelajaran bagi subjek Bahasa Melayu. Selain itu, kajian ini turut mengembangkan potensi penggunaan Prosedur Analisis ATLAS.ti Bersistematik dalam proses penjanaan tema bagi sesuatu analisis.
Authors: Mohd Sufian Ismail, Anida Sarudin, Mohd Hafiz Mohamad Tarmizi, Rozita Omar, Khairulanuar Ismail, Nor Azimah Ariffin, Nor Anita Mat Isa, Ahmad Jihadi Abu Samah, Nor Anis Izzati Muhamad Sahlan
Language: Malay
Subfield: Education
Open Access status: diamond
OpenAlex ID: W4411964652
FWCI: 3.215
Cites: 9
Cited by: 4
Related to: 10