Year: 2025
Type: article
Abstract: Transkrip ini mengandungi rakaman temu bual bersama dua orang tokoh dalam bidang seni lukis iaitu Tuan Mustafa Bin Yahya atau lebih dikenali sebagai Pak Mus dan juga Tuan Samsudin Bin Harun berkenaan latar belakang dan pengalaman mereka sepanjang melibatkan dìri dalam bidang seni lukis. Dengan menggunakan kaedah temu bual berstruktur, membolehkan pengkaji mencatat dan merakamkan proses temu bual bersama dengan tokoh sebagai sumber primer. Soalan temu bual dibahagikan kepada empat bahagian iaitu bahagian pertama merupakan bahagian berasaskan orientasi berkenaan latar belakang tokoh, keluarga dan juga pendidikan. Bahagian kedua berkenaan bahagian umum seperti penglibatan tokoh dalam bidang seni lukis dan pendapat. Manakala, bahagian ketiga pula adalah soalan spesifik yang menceritakan, pengalaman awal, cabaran, cara menyimpan hasil lukisan serta pengalaman dianugerahkan menjadi tokoh seni daerah. Bahagian terakhir pula menceritakan tentang harapan, pendapat, nasihat, dan impian. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberikan pandangan yang lebih mendalam tentang isu yang dikaji, membantu dalam pembangunan dasar, menyediakan panduan untuk penyelidikan masa depan, serta menyokong perkembangan pengetahuan dalam bidang tersebut. Melalui projek sejarah lisan ini, generasi muda boleh membuat rujukan mengenai seni lukis di Malaysia.
Source: Jurnal Kajian Lisan Malaysia
DOI: 10.64382/62sw2309
Institutions: Universiti Teknologi MARA System, Universiti Teknologi MARA
Language: Malay
Subfield: Cultural Studies
Field: Social Sciences
Domain: Social Sciences
Open Access status: hybrid
OpenAlex ID: W4412463517
FWCI:
Cites:
Cited by:
Related to:
