Year: 2025
Type: article
Abstract: Satu temubual telah dijalankan bersama pengerusi JPKK (Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung) merangkap ketua Kampung Meru, Klang pada 9 Januari 2025 di pejabat JPKK Kampung Meru selama 1 jam 49 minit. Objektif kajian sejarah lisan ini adalah untuk mengetahui sejarah asal usul Kampung Meru, mengenal pasti aktiviti ekonomi di Kampung Meru dan mengenali amalan tradisional di Kampung Meru. Temubual ini dijalankan untuk mengetahui sejarah asal usul yang membawa kepada pembentukan Kampung Meru, apakah jenis-jenis aktiviti ekonomi yang dijalankan di Kampung Meru dan apakah amalan tradisional yang masih diamalkan di Kampung Meru. Kampung Meru, terletak di daerah Klang, Selangor. Walaupun berdekatan dengan kawasan bandar yang pesat membangun, kawasan ini terkenal dengan struktur masyarakatnya yang unik yang masih mengekalkan aspek budaya, adat resam, dan kehidupan kampung. Isu sosioekonomi, perubahan fizikal, dan kesan urbanisasi terhadap komuniti Kampung Meru adalah fokus kajian ini.
Source: Jurnal Kajian Lisan Malaysia
DOI: 10.64382/xa62vs44
Institutions: Universiti Teknologi MARA System, Universiti Teknologi MARA
Language: Malay
Subfield: History
Field: Arts and Humanities
Domain: Social Sciences
Open Access status: hybrid
OpenAlex ID: W4412463567
