Year: 2025
Type: article
Abstract: Kajian ini bertujuan untuk mendokumentasikan dan menghidupkan kembali tradisi permainan wau, salah satu warisan budaya tradisional Malaysia yang kaya dengan nilai seni dan sejarah. Fokus utama kajian adalah proses pembuatan wau tradisional, motif hiasannya, serta peranannya dalam kehidupan masyarakat Melayu, dengan tumpuan khusus kepada pengalaman Encik Mohd Haniff bin Salleh, seorang pembuat wau muda dari Kelantan. Melalui pendekatan kualitatif dan sejarah lisan, kajian ini mengenal pasti cabaran utama dalam memelihara seni ini, termasuk kurangnya minat generasi muda, perubahan sosial, dan pengaruh teknologi moden. Selain menyingkap sumbangan permainan wau terhadap ekonomi tempatan dan identiti budaya negara, artikel ini juga mengusulkan langkah-langkah untuk memupuk kesedaran dan apresiasi terhadap seni wau. Diharapkan, hasil kajian ini dapat memastikan seni pembuatan wau terus diwarisi dan dihargai oleh generasi akan datang.
Source: Jurnal Kajian Lisan Malaysia
DOI: 10.64382/faedvx53
Institutions: Universiti Teknologi MARA System, Universiti Teknologi MARA
Language: Indonesian
Subfield: Cultural Studies
Field: Social Sciences
Domain: Social Sciences
Open Access status: hybrid
OpenAlex ID: W4412463568
