Year: 2025
Type: article
Abstract: Islam sebagai agama yang sempurna telah menentukan cara-cara pemilikan harta yang sah menurut hukum Syarak seperti pemilikan melalui hibah dan wasiat. Dalam konteks mualaf, wujud kekangan perundangan apabila benefisiari terdiri daripada bukan Islam, memandangkan sistem faraid menghalang pewarisan harta pusaka di antara orang Islam dan bukan Islam. Justeru, kajian ini meneliti hibah dan wasiat sebagai alternatif perancangan harta pusaka kepada benefisiari bukan Islam di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menganalisis peruntukan statut, enakmen pentadbiran Islam negeri, kes-kes Mahkamah Syariah, serta fokus terhadap pindaan terkini Akta Pembahagian Pusaka Kecil 1955 yang memperuntukkan kuasa kepada Majlis Agama Islam Negeri untuk bertindak sebagai pemohon bagi pihak benefisiari bukan Islam untuk kes pengesahan hibah bersyarat dan wasiat. Dapatan kajian terdapat keperluan pindaan terhadap enakmen pentadbiran agama Islam negeri selaras dengan peruntukan Akta Pembahagian Pusaka Kecil 1955. Pindaan enakmen pentadbiran Islam ini diyakini menjamin perancangan harta pusaka mualaf dan melindungi hak penerima yang dihasratkan khususnya penerima yang tergolong daripada ahli keluarga yang bukan beragama Islam
Institution: Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin
Language: Malay
Topic: Family and Matrimonial Law
Subfield: Law
Field: Social Sciences
Domain: Social Sciences
Open Access status: diamond
OpenAlex ID: W7127360847
