Faktor penentu gelagat kepatuhan cukai syarikat besar di Malaysia dengan ejen cukai sebagai penyederhana
Year: 2026
Type: dissertation
Abstract: Kajian terhadap gelagat kepatuhan cukai syarikat besar di Malaysia adalah amat penting memandangkan cukai syarikat menyumbang sebahagian besar hasil negara. Kajian terdahulu menunjukkan bahawa gelagat ini mungkin dipengaruhi oleh factor organisasi dan persekitaran. Kajian ini meneliti hubungan antara reputasi, kestabilan prestasi kewangan, pengetahuan cukai pengarah syarikat, kerumitan undang-undang cukai, kebarangkalian pengesanan audit, penguatkuasaan undang-undang, media sosial, kualiti perkhidmatan, dan gelagat kepatuhan cukai dalam kalangan Syarikat besar, dengan menggunakan Teori Pembuatan Keputusan (TPK) untuk menganalisis pengambilan keputusan yang optimum berkaitan kepatuhan cukai. Soal selidik dalam talian telah diedarkan kepada 500 syarikat besar di Semenanjung Malaysia melalui pensampelan rawak sistematik, dengan 161 respons diperoleh (32.2%). Data dianalisis menggunakan pemodelan persamaan berstruktur berasaskan kuasa dua terkecil separa (PLS-SEM). Keputusan kajian menunjukkan hubungan positif dan signifikan antara pengetahuan cukai pengarah syarikat serta penguatkuasaan undang-undang dengan gelagat kepatuhan cukai syarikat besar. Hubungan positif tetapi tidak signifikan diperhatikan bagi reputasi, kestabilan prestasi kewangan, kebarangkalian dikesan, media sosial, dan kualiti perkhidmatan, manakala hubungan negatif tetapi tidak signifikan ditemui bagi kerumitan undang-undang cukai. Kajian juga mendapati bahawa peranan ejen cukai tidak memoderasi hubungan antara pembolehubah bebas dengan gelagat kepatuhan cukai. Kajian ini menekankan kepentingan pengetahuan cukai pengarah syarikat dalam kalangan pengurusan tertinggi untuk memupuk kepatuhan sukarela. Latihan berkala bagi pengarah disyorkan untuk menggalakkan pengambilan keputusan yang beretika, mengurangkan pengelakan cukai, serta memperbaiki pelaporan. Selain itu, penguatkuasaan undang-undang yang berkesan adalah penting untuk meningkatkan kepatuhan cukai syarikat. Penyelidikan ini meluaskan aplikasi TPK dalam konteks percukaian syarikat di Malaysia dan menyediakan panduan kepada penggubal dasar dalam merancang program Pendidikan cukai yang disasarkan serta memperkukuh langkah penguatkuasaan bagi meningkatkan kepatuhan di kalangan syarikat besar
Author: Saifulrizan, Norizan
Institution: Universiti Utara Malaysia
Language: English
Subfield: Economics and Econometrics
Domain: Social Sciences
Open Access status: green
OpenAlex ID: W7202335904
