Year: 2022
Type: article
Abstract: Mendepani isu keperluan air bersih dan juga cabaran untuk melaksanakan wakaf air di Malaysia adalah titik tolak permulaan artikel ini ditulis. Konsep bersaudara dan tolong menolong sesama umat Islam seharusnya dijiwai oleh seluruh masyarakat. Ibadah wakaf merupakan satu medium yang boleh digunakan untuk tujuan ini dan ianya sangat digalakkan selain zakat, sadaqah, hibah dan sebagainya. Artikel ini membincangkan konsep berkaitan pelaksanaan wakaf air di Malaysia dari sudut perundangan. Artikel ini merupakan kajian konseptual yang menggunakan kutipan data perpustakaan dan dapatan melalui perbincangan bersama panel yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan wakaf air di Malaysia dalam suatu webinar berkenaan wakaf air. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan kaedah analisis dokumen. Melalui kajian ini diharapkan dapat memberi kefahaman kepada semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan wakaf air dan seterusnya dapat menggalakkan masyarakat menyumbang dana dalam pelaksanaan wakaf air di Malaysia.
Institutions: Politeknik Seberang Perai, Universiti Teknologi MARA
Language: English
Subfield: Accounting
Domain: Social Sciences
Open Access status: green
OpenAlex ID: W7203798321
