Year: 2026
Type: article
Abstract: Toluena merupakan salah satu gas sebatian organik meruap yang mengandungi toksik yang dapat membahayakan kesihatan manusia walaupun dibebaskan adalah pada tahap rendah. Justeru, penderia gas toluena yang berkepekaan tinggi adalah penting untuk membantu mengesan kadar pembebasan gas toluena yang rendah pada persekitaran. Kaedah mengukur gas sedia ada yang menggunakan alat kromatograf adalah tidak efisien oleh kerana peralatannya yang besar. Kaedah sintesis bahan peka menggunakan kaedah CVD menggunakan peralatan yang berteknologi tinggi menjadikan kos penghasilan penderia mahal. Selain itu, penderia yang bahan pekanya yang menggunakan logam oksida sahaja beroperasi pada suhu tinggi. Oleh itu, kajian ini adalah untuk membangunkan penderia gas toluena berasaskan Logam Oksida-Grafin berkepekaan tinggi yang boleh mengesan komposisi gas toluena pada kepekatan yang rendah pada suhu bilik. Bahan peka Logam Oksida-Grafin ini akan disintesis menggunakan teknik yang mudah dan murah. Dalam pada itu, kepemilihan, tahap tindak balas serta kestabilan penderia gas toluena yang dibangunkan akan dianalisa. Bahan peka penderia ini akan disintesis dan penderia akan dibangunkan dan diuji kepekaannya terhadap gas toluena. Pencirian bahan akan dilakukan bagi meneliti bentuk kristal dan satahnya serta morfologi bahan dan menentusahkan kehadiran grafin di dalam bahan peka yang disintesis. Setelah itu, hasil daripada pengujian kepekaan penderia serta pencirian bahan peka yang dijalankan akan dianalisa. Bahan peka Logam Oksida-Grafin yang disintesis di dalam kajian ini ialah Titanium Oksida-RGO melalui kaedah hidroterma. Bahan peka TiO-RGO ini bermorfologi nanosfera dan berbentuk nanokristal anatase. Kesimpulannya, penderia TiO-RGO ini boleh mengesan gas toluena pada kepekatan 6 ppm dengan kadar tindak balas 0.604% pada suhu bilik dengan kelembapan relatif 7±%.
Source: Jurnal Kejuruteraan
Institutions: National University of Malaysia, MIMOS (Malaysia)
Language: Indonesian
Subfield: Electrical and Electronic Engineering
Field: Engineering
Domain: Physical Sciences
Open Access status: diamond
OpenAlex ID: W7214901468
