Work

Tahap Keresahan Terhadap Mata Pelajaran Bahasa Asing Dalam Kalangan Pelajar Kolej Universiti Islam Melaka

Year: 2021
Type: article
Study design: Observational Study
Abstract: Kajian ini bertujuan mengenalpasti tahap keresahan dan kebimbangan mempelajari bahasa Arab dalam kalangan pelajar Kolej Universiti Islam Melaka. Objektif kajian ini ialah mengenalpasti tahap keresahan dan faktor-faktor yang mempengaruhi tahap keresahan seseorang pelajar. Faktor yang dikaji ialah tahap keresahan berkomunikasi dan keresahan terhadap penilaian negatif. Maklumat kajian diperolehi melalui soal-selidik Foreign Language Classroom Anxiety Scale yang telah diadaptasi daripada Horwitz (1986) yang mengandungi 33 item untuk memenuhi matlamat dan objektif kajian. Instrumen kajian ini menggunakan skala lima berdasarkan kepada skala terendah “Sangat Setuju” kepada skala tertinggi “Sangat Tidak Setuju”. Data dianalisis secara deskriptif melibatkan penggunaan peratusan, statistik deskriptif yang melibatkan perhitungan min. Dapatan kajian menunjukkan beberapa item penting berada pada tahap tinggi dan seterusnya membantu pensyarah dalam menambahbaik aktiviti pengajaran.
Language: English
Subfield: Education
Open Access status: diamond
OpenAlex ID: W7215523201
FWCI: 0.907
Cites: 6
Cited by: 8
Related to: 9