Work

Impak Wabak Coronavirus Disease (covid-19) Terhadap Rekod Awam Di Malaysia

Year: 2024
Type: article
Abstract: Kemunculan wabak Covid-19 memberikan impak kepada pelbagai aspek kehidupan manusia di dunia dan negara Malaysia tidak terkecuali dengan situasi ini. Sehubungan dengan itu, objektif kajian ini ialah membuat tinjauan bagi mengetahui apakah impak wabak tersebut terhadap rekod awam di Malaysia. Bagi mencapai objektif kajian, penyelidik menggunakan pendekatan ulasan karya (literature review) untuk mendapatkan maklumat berkaitan topik kajian. Bahan rujukan seperti suratkhabar, buku, media sosial seperti facebook, laman sesawang dan sebagainya digunakan. Hasil kajian mendapati sememangnya terdapat impak-impak tertentu terhadap rekod awam di Malaysia akibat daripada kemunculan wabak Covid-19. Impak-impak tersebut dihurai satu persatu dalam artikel ini. Diharap hasil kajian akan dapat dijadikan panduan oleh pejabat awam di Malaysia khususnya dan rakyat Malaysia amnya untuk mengurus rekod awam dengan efisien dan efektif semasa negara sedang menghadapi wabak pada masa hadapan. Diharap juga hasil kajian akan dapat dijadikan pemangkin atau pendorong untuk para penyelidik menjalankan kajian tentang topik ini dengan lebih mendalam dan menyeluruh pada masa hadapan.
Language: English
Subfield: Conservation
Open Access status: diamond
OpenAlex ID: W7216629569
FWCI:
Cites:
Cited by:
Related to: 10