Year: 2024
Type: article
Abstract: Masalah pemahaman pelajar dalam pembelajaran pengamiran tentu menjadi salah satu isu utama dalam kalkulus. Beberapa halangan kognitif telah diketahui yang mana menyebabkan masalah pelajar ketika pembelajaran untuk kali pertama mengenai fungsi tunggal pengamiran. Perbincangan artikel ini menggunakan teori konstruktivisme radikal sebagai landasan teori dan hanya bertumpukan kepada subskonstruk kedua bagi konsep pemahaman yang dikemukakan kepada pelajar iaitu cara pelajar lepasan menengah melakukan perwakilan tentang pengamiran tentu. Kajian kes merupakan reka bentuk bagi kajian ini. Kaedah pemilihan peserta kajian adalah dengan cara persampelan bertujuan, iaitu memilih enam peserta kajian yang terdiri dalam kalangan pelajar diploma semester kedua di institusi pengajian tinggi teknikal, terutamanya mereka yang mengikuti bidang kejuruteraan teknikal. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar mewakilkan pengamiran tentu boleh dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu perwakilan secara grafik, perwakilan secara berangka, dan perwakilan secara skematik.
Authors: Nurhayani Romeo, Roselah Osman, Syarifah Yunus
Language: English
Subfield: Education
Field: Social Sciences
Domain: Social Sciences
SDG: Quality education
Open Access status: diamond
OpenAlex ID: W7216667282
