Work

Peranan Sistem Sokongan Komuniti, Pendidikan Dan Industri Terhadap Oku Penglihatan Di Malaysia

Year: 2024
Type: article
Abstract: Islam melihat kedudukan manusia itu sebagai umat yang mulia tanpa perlu wujud perbezaan berdasarkan kepada kecantikan rupa paras dan fizikal, ataupun kelebihan pangkat dan kedudukan, harta mahupun keturunan. Dalam konteks kajian ini, Orang Kurang Upaya (OKU) secara mudahnya dapat kita fahami ialah manusia yang tidak sempurna tubuh badan mereka dan cacat anggota. Namun begitu, mereka juga merupakan sebahagian daripada anggota masyarakat yang mempunyai perasaan, kebolehan, keterampilan, bakat dan kepintaran dalam pelbagai bidang seperti manusia tipikal yang lain. Justeru itu, kertas kerja ini membincangkan berkaitan peranan sistem sokongan komuniti dalam membantu OKU Penglihatan dari pelbagai aspek terutama ruang lingkup pendidikan. Selain itu, kertas konsep ini juga turut memfokuskan peranan yang bakal dimainkan oleh komuniti, institusi pendidikan dan industri dalam memberikan sokongan kepada golongan ini terutama OKU penglihatan serta keperluan yang diinginkan oleh mereka. Implikasi kajian ini diharapkan dapat memberikan input serta gambaran yang jelas tentang peranan yang harus dimainkan oleh komuniti masyarakat dalam memberi sokongan terhadap keberlangsungan pendidikan golongan OKU ini.
Language: English
Subfield: Education
Open Access status: diamond
OpenAlex ID: W7217783166
FWCI:
Cites:
Cited by:
Related to: 10