Work

The Practice of Tabarruk at Mount Jerai According to the View of Ahli Sunnah Wal Jama‘ah : Amalan Mengambil Berkat Di Gunung Jerai Menurut Pandangan Ahli Sunnah Wal Jamaah

Year: 2025
Type: article
Abstract: The practice of tabarruk; seeking blessings through objects or places associated with pious individuals has long been observed among Muslims, including in Malaysia. Mount Jerai in Kedah, particularly the tomb of Shaykh ‘Abd Allāh al-Qumayri and the Telaga Tok Sheikh, is among the notable locations linked to this tradition. However, this practice has been contested by certain groups, who label it as shirk, heresy, or superstition, often referring to the views of figures such as Ibn Taymiyyah. This study aims to examine the legitimacy of tabarruk at Mount Jerai from the perspective of Ahli Sunnah walJama‘ah, addressing misconceptions and doctrinal disputes. Using literature searches in the relevant academic articles and classical Islamic scholarship were identified, screened, and analysed. The results reveal that tabarruk is permissible when performed within the limits of Islamic law, with the belief that only Allah grants benefit and harm. Analysis of selected works indicates broad scholarly consensus among prominent Sunni scholars supporting the practice, provided it does not involve prohibited beliefs or actions. The findings also demonstrate that the controversy stems largely from differing interpretive methodologies and theological orientations rather than explicit scriptural prohibitions. This research provides a structured synthesis of evidence, offering clarity for Muslim communities and countering unnecessary accusations of disbelief in matters of scholarly disagreement. It concludes that tabarruk at Mount Jerai aligns with Sunni orthodoxy when practiced according to proper shar‘i guidelines, thus promoting religious harmony and discouraging divisive rhetoric.AbstrakAmalan tabarruk iaitu mencari keberkatan melalui objek atau tempat yang dikaitkan dengan individu soleh telah lama diamalkan oleh umat Islam, termasuk di Malaysia. Gunung Jerai di Kedah, khususnya Makam Shaykh ‘Abd Allāh al-Qumayri dan Telaga Tok Sheikh, merupakan antara lokasi terkenal yang dikaitkan dengan tradisi ini. Namun, amalan ini sering dipertikaikan oleh sesetengah pihak yang menuduhnya sebagai syirik, sesat atau khurafat, dengan merujuk pandangan tokoh seperti Ibn Taymiyyah. Kajian ini bertujuan meneliti kesahihan tabarruk di Gunung Jerai menurut perspektif Ahli Sunnah Waljamaah, bagi menjelaskan salah faham dan perbezaan pandangan dalam isu akidah. Sejumlah artikel akademik yang relevan serta karya ulama klasik telah dikenal pasti, disaring dan dianalisis dalam melakukan sorotan literatur. Hasil kajian menunjukkan bahawa tabarruk adalah harus dilakukan selagi ia berlandaskan hukum syarak dengan keyakinan bahawa hanya Allah yang memberi manfaat dan mudarat. Analisis terhadap karya terpilih menunjukkan wujudnya konsensus yang luas dalam kalangan ulama Ahli Sunnah yang membenarkan amalan ini, asalkan ia tidak melibatkan kepercayaan atau perbuatan yang dilarang. Penemuan juga mendapati kontroversi ini berpunca daripada perbezaan metodologi pentafsiran dan orientasi teologi, bukannya larangan nas yang jelas. Kajian ini menyediakan sintesis bukti yang teratur, memberikan pencerahan kepada masyarakat Islam, serta menolak tuduhan sehingga mengeluarkan seseorang daripada Islam dalam perkara khilaf. Kesimpulannya, tabarruk di Gunung Jerai selari dengan pegangan Ahli Sunnah Waljamaah apabila dilaksanakan mengikut garis panduan syarak yang betul, sekali gus memupuk keharmonian beragama dan menghindari perpecahan.
Language: English
Open Access status: hybrid
OpenAlex ID: W7218174445
FWCI:
Cites:
Cited by:
Related to: 10