Work

Cents Politeknik Port Dickson Aplikasi Reskilling Dan Upskilling Center (RUC)

Year: 2023
Type: article
Abstract: Kajian ini bertujuan untuk meneroka dan memberikan gambaran sebenar sebuah Reskilling and Upskilling Centre (RUC) dioperasikan. Centre for Electrical, Energy, Technology & Services (CENTS) adalah produk terbaru Politeknik Port Dickson (PPD) yang dibina memenuhi keperluan RUC. Kewujudan CENTS memenuhi Matlamat Pembangunan Mapan (SDGs) 4 bagi memastikan pendidikan berkualiti secara menyeluruh dan saksama serta menggalakkan peluang pembelajaran sepanjang hayat untuk semua. Komitmen tinggi warga PPD menyahut saranan Timbalan Perdana Menteri (TPM) dalam Peluncuran Rancangan Hala Tuju Politeknik 2023- 2030 menjelmakan CENTS sebagai RUC pertama yang akan merubah corak pemberian latihan dan kemahiran dalam bidang teknikal, vokasional, pendidikan dan teknik (TVET) kepada warga industri khasnya dan komuniti amnya. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian kepustakaan serta analisis dokumen melalui bahan bercetak dan elektronik. Data yang diperoleh akan dianalisis secara deskriptif dan dapatan dilaporkan dalam bentuk laporan bertulis. Dapatan awal menunjukkan CENTS@Politeknik Port Dickson (CENTS@PPD) adalah perintis kepada pembangunan RUC dalam sistem politeknik Malaysia. CENTS@PPD menjadi tanda aras kepada pembangunan RUC berikutnya di seluruh negara. Kecekapan pengurusan, perancangan teliti, pembangunan tenaga pakar, pengiktirafan rakan strategik dan industri serta keupayaan mengoptimalkan peruntukan kewangan dikenalpasti sebagai elemen penting melancarkan pengoperasian dan kejayaan RUC pertama ini.
Language: English
Subfield: Education
Open Access status: diamond
OpenAlex ID: W7219951273
FWCI:
Cites:
Cited by:
Related to: 10