Work

Peranan Institusi Dakwah dalam Memperkukuh Kefahaman dan Penghayatan Islam Komuniti Melanau di Sarawak: The Role of Da’wah Institutions in Strengthening Islamic Understanding and Practice Among The Melanau Community in Sarawak

Year: 2026
Type: article
Study design: Observational Study
Abstract: Kajian ini bertujuan menganalisis peranan institusi dakwah dalam memperkukuh tahap kefahaman dan penghayatan Islam dalam kalangan komuniti Melanau di Sarawak. Dalam konteks masyarakat pesisir seperti di Matu dan Daro, institusi dakwah seperti masjid, surau, sekolah agama serta agensi rasmi memainkan peranan penting sebagai medium penyampaian ilmu dan pembentukan sahsiah Muslim. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui edaran soal selidik kepada responden dalam komuniti Melanau bagi menilai hubungan antara keberkesanan program dakwah institusi dengan tahap kefahaman dan penghayatan Islam. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan signifikan antara usaha institusi dakwah dengan peningkatan kefahaman asas Islam, khususnya dalam aspek akidah dan ibadah, serta memberi kesan positif terhadap penghayatan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian. Walau bagaimanapun, kajian turut mendapati bahawa terdapat beberapa cabaran yang dihadapi oleh institusi dakwah seperti kekangan sumber manusia, pendekatan dakwah yang kurang kontekstual, serta tahap penglibatan masyarakat yang tidak konsisten. Oleh itu, kajian ini mencadangkan agar institusi dakwah memperkukuh strategi penyampaian yang lebih bersifat lokal, interaktif dan berasaskan keperluan komuniti bagi memastikan dakwah lebih berkesan dan berterusan dalam membentuk masyarakat Islam yang berilmu dan beramal.
Language: English
Subfield: Education
Open Access status: hybrid
OpenAlex ID: W7220364367
FWCI:
Cites:
Cited by:
Related to: 9