Penjagaan Spiritual Terhadap Pesakit Menurut Perspektif Maqasid Al-Syari’ah: Suatu Kajian Di Hospital Mesra Ibadah
Year: 2022
Type: article
Abstract: The purpose of syara' in prescribing a law or also known as Maqasid al-Shari’ah is a new component in exploring the breadth of contemporary Fiqh knowledge. While spiritual care, like physical, mental, and social elements, is an important part of palliative care, each of these elements plays an important role in improving the quality of patient care. This study employs the library method and content analysis used to analyze all documents in more depth on aspects of spiritual care for patients according to the perspective of Maqasid al-Shari’ah practiced in Ibadah Friendly Hospital. Spiritual care applies three elements in spiritual guidance namely counselling, guidance, and emotional and psychological (psychotherapy) guidance as an effort to help the patient’s healing process. The element of counselling and guidance can be carried out well but for the element of psychotherapy, it needs to be emphasized as it is an alternative to help the spirituality aspect of the patient. The results of the study found that Maqasid al-Shari’ah can be a guiding instrument in ensuring spiritual care for patients in line with syariah principles and the need to be developed as a medium of syariah interaction with the health industry, especially in Ibadah Friendly Hospital. The findings found that Maqasid al-Shari’ah can be a guiding instrument in ensuring spiritual care for patients in accordance with syariah principles, as well as the need for it to be developed as a medium for syariah interaction with the health industry, particularly in Ibadah Friendly Hospital. ABSTRAK Tujuan syarak dalam mensyariatkan sesuatu hukum atau juga dikenali sebagai Maqasid al-Syari’ah adalah merupakan komponen baharu dalam menerokai keluasan ilmu Fiqh kontemporari. Manakala penjagaan spiritual pula merupakan satu elemen di dalam penjagaan paliatif di samping elemen fizikal, mental dan sosial dan setiap elemen ini memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan kualiti penjagaan pesakit. Kajian ini memanfaatkan kaedah kepustakaan dan analisis kandungan digunakan untuk menganalisis semua dokumen secara lebih mendalam mengenai aspek penjagaan spiritual terhadap pesakit menurut perspektif Maqasid al-Syari’ah yang dipraktikkan di Hospital Mesra Ibadah. Penjagaan spiritual mengaplikasikan tiga elemen iaitu nasihat, bimbingan tunjuk cara dan pengukuhan emosi dan psikologi (psikoterapi) dalam usaha membantu proses penyembuhan pesakit. Elemen nasihat dan bimbingan tunjuk cara dapat dijalankan dengan baik namun bagi elemen psikoterapi, ianya perlu diberi penekanan memandangkan ia merupakan alternatif untuk membantu aspek spiritualiti terhadap pesakit. Hasil kajian mendapati bahawa Maqasid al-Syari’ah boleh menjadi instrumen panduan dalam memastikan penjagaan spiritual terhadap pesakit bertepatan dengan prinsip syariah dan perlunya dibangunkan sebagai alat medium interaksi syariah dalam industri kesihatan terutamanya di Hospital Mesra Ibadah.
Language: English
Subfield: Religious studies
Field: Arts and Humanities
Domain: Social Sciences
Open Access status: diamond
OpenAlex ID: W7220719209
