Work

Sifat negara dan kaitannya dalam mentadbir isu-isu keagamaan di Malaysia

Year: 2014
Type: conference-paper
Abstract: Perlembagaan sesebuah negara memperuntukkan sifat sesebuah negara yang memberikan wajaran dalam amalan pentadbiran oleh pihak Eksekutif.Sesebuah negara boleh dikategorikan sebagai mempunyai Perlembagaan bersifat ‘theocratic’ sekular ataupun hibrid. Dalam konteks Malaysia, wujud juga pandangan yang mengatakan bahawa Malaysia adalah negara bersifat ‘religiosecular’.Sifat sesebuah negara adalah penting kerana ia akan menunjukkan sejauh manakah pihak Eksekutif bertindak mengawal isu-isu keagamaan dalam negara berkenaan melalui kuatkuasa undang-undang dan peraturan. Kefahaman mengenai kedudukan ini penting kerana apabila wujud suatu tindakan oleh pihak Eksekutif berkaitan isu agama ia boleh dilihat dalam konteks kesesuaian tindakan berkenaan dengan sifat negara. Tidak akan timbul perdebatan dalam masyarakat yang merasakan bahawa tindakan yang diambil itu adalah tidak wajar terutamanya bagi negara yang mempunyai masyarakat berbilang etnik sebagaimana Malaysia. Oleh itu, penulisan ini akan melihat sifat negara secara umum dan melihat kedudukan Malaysia serta justifikasi amalan pentadbiran sedia ada dalam konteks pentadbiran isu-isu agama khususnya melibatkan pemberian hak kebebasan beragama dalam Perlembagaan Persekutuan.
Language: Malay
Subfield: Law
Open Access status: green
OpenAlex ID: W968794673
FWCI:
Cites:
Cited by:
Related to: 10