Work

Asimilasi Nitrogen Ampaian Sel Kacang Tanah Yang Sensitif dan Toleran Kepada Aluminum dan Pengaturannya di Bawah Tegasan Aluminum

Year: 1994
Type: dissertation
Abstract: Ampaian sel kacang tanah (Arachis hypogeae L.) telah diperolehi daripada kalus dengan pe ngam paian di dalam medium L6 yang mengandungi 0.5 mg/l kinetin dan 2.0 mg/l 2,4-D. Aktiviti enzim-enzim utama dalam tapakjalan metabolisme nitrogen, nitrat reduktase (EC 1.6.6.1: NR); glutamat dehidrogenase (EC 1.4.1.2: NADH-GDH); glutamat sinthase (EC 1.4.1.16:NADH-GOGAT) dan glutamin sinthetase (EC 6.3.1.2: GS) pada ampaian sel ini telah dikaji. Enzim utama asimilasi nitrat, NR didapati berfungsi dengan aktiviti yang tinggi di awal fasa pertumbuhan sebelum menu run pada hari ke 6 hingga ke akhir fasa pertumbuhan. Kedua-dua tapak jalan asimilasi amonium, GDH dan GS/GOGAT juga berfungsi pada ampaian sel kacang tanah.Aktiviti NAOH-GOH adalah tinggi pada awal fasa pertumbuhan sel manakala aktiviti enzim GS dan GOGAT meningkat di akhir fasa pertumbuhan.
Language: Indonesian
Subfield: Plant Science
Open Access status: green
OpenAlex ID: W11016265
Cites:
Cited by:
Related to: 9