Work

Keinginan pengguna untuk membeli produk berjenama mewah tiruan: Satu kajian di Malaysia

Year: 2013
Type: conference-paper
Abstract: Pengeluaran dan penjualan produk tiruan merupakan satu isu yang tiada akhirnya dan mejadi masalah yang semakin serius di pasaran antarabangsa amnya dan pasaran Malaysia khususnya.Permasalahan utama berkaitan produk tiruan membabitkan pelbagai aspek iaitu kepada pengguna (kesihatan dan keselamatan), kesannya kepada pemegang IPR ( ekuiti jenama dan kehilangan volum jualan), ekonomi/kerajaan (kehilangan cukai dan isu integriti), pengeluar produk tiruan (risiko perundangan), serta aspek sosial (kehilangan kerja).Peniruan produk di pasaran begitu ketara apabila membabitkan produk berjenama mewah terutamanya bagi kategori produk fesyen daripada jenama-jenama terkenal. Kertas kajian ini cuba mengenal pasti kesan faktor personaliti, dan faktor sosial ke atas sikap pengguna terhadap produk tiruan dan keinginan pengguna untuk membeli produk berjenama mewah yang tiruan di Malaysia.
Language: Indonesian
Subfield: Marketing
Open Access status: green
OpenAlex ID: W2294583184
FWCI: 1.226
Cites: 17
Cited by: 4
Related to: 9