Work

Meneliti Kesan Tanggungjawab Sosial Korporat dan Imej terhadap Kesetiaan Pelanggan dalam Kalangan Pembeli Barangan Runcit

Year: 2013
Type: article
Study design: Observational Study
Abstract: ABSTRAK Kajian ini mengkaji hubungan antara imej, tanggungjawab sosial korporat (CSR), kualiti hubungan dan kesetiaan dalam kalangan pelanggan barangan runcit. Bagi mencapai objektif kajian, sebanyak 191 set soal selidik telah diedarkan menggunakan kaedah persampelan mudah kepada pelajar sebuah universiti awam di Selangor. Dengan menggunakan AMOS, keputusan analisis menunjukkan imej dan CSR mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan kualiti hubungan. Kajian ini juga mendapati bahawa kualiti hubungan mempunyai hubungan yang positif dengan kesetiaan dalam kalangan pelanggan barangan runcit. Sementara itu, imej dan CSR tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan kesetiaan. Kertas ini turut membincangkan limitasi kajian dan cadangan untuk kajian susulan. Kata kunci: Tanggungjawab sosial; kualiti hubungan; imej; kesetiaan pelanggan; peruncitan ABSTRACT This study examines the relationship between image, corporate social responsibility (CSR), relationship quality and loyalty among shoppers of grocery items. To achieve the research objective, 191 questionnaires were conveniently distributed to students of a public university in Selangor. Using AMOS, results of the analysis show that image and CSR have positive significant relationships with relationship quality. The study also finds that relationship quality is positively related to loyalty among grocery customers. Meanwhile, image and CSR are not significantly related to loyalty. This paper also discussed the limitations of this study and directions for future research. Keywords: Corporate social responsibility (CSR); relationship quality; image; customer loyalty; retailing
Language: Malay
Subfield: Marketing
Open Access status: bronze
OpenAlex ID: W1943056110
FWCI:
Cites: 101
Cited by: 2
Related to: 10