Hubungan Kemahiran Regulasi Pelajar Dan Pemahaman Teks Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina
Year: 2016
Type: article
Study design: Observational Study
Abstract: Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti tahap kemahiran regulasi pelajar Tahun 5 dalam pemahaman teks bahasa Cina dan seterusnya mengkaji hubungan di antara tahap kemahiran regulasi pelajar dengan tahap pemahaman teks pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Cina di sekolah. Kajian ini bersifat kuantitatif dan sebanyak 195 orang pelajar Tahun 5 telah terlibat dalam menjawab soal selidik. Satu set borang soal selidik yang berasaskan State Meta Cognitive Inventory yang dibina oleh O’Neil dan Abedi (1996) telah diubahsuaikan dan diadaptasikan dalam kajian ini. Ujian Spearman Rho (r) turut dijalankan dan secara keseluruhan, kemahiran regulasi pelajar Tahun 5 dalam pemahaman teks bahasa Cina berada pada tahap sederhana, iaitu skor min 3.62. Hubungan positif yang sederhana, iaitu r = 0.316 antara kedua-dua pembolehubah tersebut telah dicapai. Dengan adanya kemahiran regulasi, peratusan kelulusan pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Cina (kertas pemahaman) adalah sebanyak 81.54% (n=159 orang). Kajian ini dapat memberikan implikasi kepada penambahbaikan kualiti pengajaran dan pembelajaran bahasa pada peringkat sekolah rendah.
Authors: Loh Chee Hou, Lay Hoon Ang
Institution: Universiti Putra Malaysia
Language: Malay
Subfield: Developmental and Educational Psychology
Field: Psychology
Domain: Social Sciences
SDG: Quality education
Open Access status: green
OpenAlex ID: W2564833645
