Hubungan Antara Kualiti Perkhidmatan, Kepuasan Dan Kesetiaan Pelanggan Dalam Industri Taska
Year: 2019
Type: article
Study design: Observational Study
Abstract: Kajian ini menganalisis hubungan antara kualiti perkhidmatan, kepuasan pelanggan dan kesetiaan pelanggan dalam industri taska. Satu model perantaraan yang menghubungkan kualiti perkhidmatan dan niat kesetiaan melalui kepuasan pelanggan telah dicadangkan. Data tinjauan dalam talian (n = 358) dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS. Analisis regresi digunakan untuk menguji hipotesis. Hasil analisis mendapati bahawa terdapat hubungan positif secara signifikan antara kualiti perkhidmatan dengan kepuasan pelanggan. Dapatan juga menyokong bahawa kepuasan pelanggan berkait secara positif dengan niat kesetiaan. Keputusan kajian menunjukkan bahawa kepuasan pelanggan memainkan peranan perantara dalam kesan kualiti perkhidmatan ke atas niat kesetiaan pelanggan. Implikasi daripada penemuan kajian ini dibincangkan. Kata Kunci: Kualiti perkhidmatan, kepuasan, kesetiaan, taska.
Source: Journal of Business Innovation
Authors: Safiek Mokhlis, Noor Fadhiha Mokhtar
Language: Malay
Subfield: Marketing
Domain: Social Sciences
Open Access status: diamond
OpenAlex ID: W3003833453
