Keberkesanan penggunaan modul pengajaran kooperatif terhadap penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi dalam mata pelajaran ekonomi
Year: 2019
Type: dissertation
Study design: Clinical Trial
Abstract: Kajian ini dijalankan untuk menentukan keberkesanan penggunaan Modul Pengajaran Kooperatif (MPK) terhadap penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam \nmata pelajaran Ekonomi. Kajian dijalankan menggunakan kaedah eksperimen pengagihan rawak di tiga buah sekolah menengah di daerah Keningau dan melibatkan \nseramai 62 orang pelajar tingkatan lima yang mengambil subjek Ekonomi. Di setiap sekolah, pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan yang terdiri daripada kumpulan \nkawalan yang diajar menggunakan strategi pembelajaran konvensional dan kumpulan rawatan yang di ajar menggunakan strategi pembelajaran kooperatif. Keseluruhan tempoh kajian ialah sembilan minggu iaitu 72 jam yang dibahagikan kepada tiga minggu \niaitu 24 jam di setiap sekolah. Marleah kumpulan pelajar kemudian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science for Windows Version 20.0 {SPSS). Perisian SPSS digunakan untuk mendapatkan min keseluruhan markah kumpulan kawalan dan rawatan dalam ujian pra pasca, nilai ujian-t, signifikan, min persepsi pelajar serta hubungan penggunaan strategi pembelajaran dengan penguasaan \nKBAT. Hasil daripada analisis data yang dilakukan terhadap ujian pra-pasca kumpulan rawatan dan kawalan mendapati terdapat peningkatan tahap KBAT pelajar dalam kumpulan rawatan dengan jumlah min markah 59.26 berbanding dengan kumpulan kawalan dengan jumlah min markah 50.45. Nilai korelasi juga menunjukkan hubungan \nyang positif iaitu 0.782. Keadaan ini menunjukkan penggunaan strategi pembelajaran kooperatif dalam pengajaran dan pembelajaran dapat membantu meningkatkan KBAT pelajar. Proses interaksi yang berlaku melalui pembelajaran kooperatif membantu \nmeningkatkan keupayaan pelajar menganalisis, memberikan idea baharu serta membuat hubung kait. Kajian ini memberi implikasi penting untuk mengenal pasti alternatif yang boleh digunakan oleh guru untuk meningkatkan KBAT pelajar.
Author: Azieyana Aziz,
Institution: Universiti of Malaysia Sabah
Language: Malay
Subfield: Developmental and Educational Psychology
Field: Psychology
Domain: Social Sciences
SDG: Quality education
Open Access status: green
Funder: Universiti Malaysia Sabah
OpenAlex ID: W7010537190
