Year: 1994
Type: dissertation
Abstract: Modifikasi hidrotermal terhadap sifat-sifat fiziko-kirnia dan berfungsi tepung beras boleh dilakukan melalui pengolahan haba-lernbapan (H-L) atau penyepuhlindpan. Pengolahan H-L tepung beras pada 800-1300C telah didapati \nmeningkatkan suhu gelatinisasi amilografik (G1), kestabilan pes, dan kecenderungan retrogradasi tetapi menurunkan kelikatan puncak (Vp). Pada amnya amilogram jenis \nB bagi tepung beras asal telah ditukarkan kepada amilogram jenis C selepas pengolahan H-L. Tepung terolah H-L mempamerkan pengurangan dalam adsorpsi air pada mana-mana tekanan wap relatif. Pemerhatian-pemerhatian di atas mungkin disebabkan oleh pertambahan aturan yang mungkin berlaku pada kawasan amorfus dan atau berhablur dalam granul-granul kanji semasa pengolahan. Suhu pengolahan yang terlalu tinggi mungkin mengakibatkan penurunan dalam berat molekul kanji \nyang menggalakkan retrogradasi.
Author: Tan, Chiew Ming
Language: Malay
Subfield: Nutrition and Dietetics
Field: Nursing
Domain: Health Sciences
SDG: Zero hunger
Open Access status: green
OpenAlex ID: W7048936864
