Perkhidmatan penghantaran makanan semasa pandemik : Kajian kepuasan pengguna di Kota Kinabalu, Sabah
Year: 2021
Type: dissertation
Study design: Observational Study
Abstract: Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji kepuasan pengguna terhadap perkhidmatan penghantaran makanan semasa pandemik di Kata Kinabalu, Sabah. Objektif pertama kajian adalah mengenalpasti faktor penggunaan perkhidmatan penghantaran makanan semasa pandemik di Kota Kinabalu. Objektif kedua kajian adalah menilai tahap kepuasan pelanggan perkhidmatan penghantaran makanan. Objektif ketiga kajian adalah mengenalpasti kekerapan pengguna menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan. Seramai 295 responden yang terdiri daripada pelajar dan kakitangan serta orang awam yang tinggal di Kota Kinabalu, Sabah. Teknik persampelan yang digunakan adalah gabungan persampelan bertujuan dan bola salji. Hasil kajian mendapati responden bersetuju bahawa responden menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) (min 4.36 ± 0.841) serta mereka cenderung untuk memesan makanan menerusi aplikasi perkhidmatan penghantaran makanan kerana makanan yang diet seimbang (min 3.01 ± 1.152). Juga, responden bersetuju bahawa situasi pandemik mempengaruhi peningkatan penggunaan perkhidmatan penghantaran makanan (min 4.65 ± 0.587) serta notifikasi yang muncul daripada aplikasi yang memaparkan pelbagai menu membuatkan mereka tertarik terhadap servis ini (min 3.82 ± 1.056). Responden bersetuju bahawa transaksi pembayaran dapat dilakukan secara lengkap dengan cepat (min 4.54 ± 0.626) serta bersetuju bahawa aplikasi dipenuhi informasi yang lengkap dan padat kepada mereka (min 4.16 ± 0.801). Sebagai kesimpulan, tahap kepuasan pengguna terhadap perkhidmatan penghantaran makanan di Kota Kinabalu, Sabah semasa pandemik dipengaruhi oleh tiga faktor penggunaan perkhidmatan ini semasa pandemik serta penilaian mereka terhadap kepuasan dan kekerapan mereka menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan.
Institution: Universiti of Malaysia Sabah
Language: Malay
Subfield: Marketing
Domain: Social Sciences
Open Access status: green
OpenAlex ID: W7213571636
